Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah ?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah,
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama.
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah ?
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong dikala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.
Mengalir airmataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.
Sanggupkah aku menjadi ibu seperti Khansa' ?
Rela menyerahkan anak-anaknya ke medan pertempuran,
Biarpun darah menjadi penggantinya,
Asalkan syahid menjadi habuan.
Aku belum mampu menjadi seperti mereka. Namun, ada apa jika aku terus berasa sedemikian sahaja ? Hanya cemburu dan mengatakan aku tidak mampu ? Tidak !
Aku mahu belajar sesuatu kini. Hanya MAHU atau TIDAK MAHU .
No comments:
Post a Comment