Thursday, October 17, 2013

Mencari Keredhaan Allah- Aku dan Tudung Labuh.

haii .. Assalamualaikum.. haaa, kali ni saya nak story sikit why saya mula tertarik untuk pakai tudung labuh..



Hmm, sebenarnya memang saya dah lama berniat untuk pakai tudung labuh, cuma nak atau taknak je.. Alhamdulillah.. sejak saya berhijrah dari zaman jahilliah ni, tenang sangat hati ni. Terasa semangat untuk terus dan terus beribadah dan mendekatkan diri padaNya.. Memang banyak sangat cabaran dan dugaan yang harus ditempuh selepas menukar penampilan daripada bertudung biasa kepada bertudung labuh. Pelbagai cemuhan dan perlian macam-macam dilempar pada saya semenjak saya berubah penampilan, saya hanya berpegang pada moto hidup saya iaitu " Berubah kerana Allah " .. saya hanya kuatkan tekad dan hanya bersabar kerana saya tahu, Allah sedang menguji tahap kesabaran saya.. Walaupun sekarang banyak fesyen-fesyen yang digemari remaja zaman sekarang seperti memakai shawl dan pashmina. saya mengaku, saya juga pernah lalui zaman-zaman seperti itu. Alhamdulillah saya bersyukur sangat sebab telah diberi hidayah dan peluang untuk merubah diri dan penampilan saya kearah yang lebih baik.

Ramai kenalan-kenalan saya yang bertanya kepada saya kenapa saya bertudung labuh. Tapi saya hanya menjawab kerana ianya ialah syariat yang kita mesti ikut dan patuh. Sejak kali pertama saya menyarungkan tudung labuh ini, Ya Allah.. terasa seperti sangat dilindungi, tenang sangat hati ini.. :')

cuba baca point ni :)

- menutup aurat, Allah cinta
- dapat pahala bila jaga aurat, berganda bila ikhlas.
- nampak macam panas, tapi bila pakai terasa nyaman je :)
- nampak solehah, kekadang macam ustazah
- bantu jaga mata lelaki, lindungi diri dari lelaki jahat
- BONUS: nampak lagi ayu, cantik dan sopan ! :)
- melabuhkan tudung, ikut syariat. ertinya ikut sunnah.
- bila dah tutup dengan sempurna, boleh terus buat pakaian solat.
- dapat didik diri hormat diri sendiri sebelum orang lain hormat kita
- menyihatkan badan, tak kena sinar UV, debu, kuman dan lain-lain
- dapat tingkatkan al-Haya' (malu) dalam diri, malu tanda ada iman
- satu cabang dakwah, bawa manusia cinta pada Islam :)
- ciri-ciri yang boleh dijadikan isteri solehah, jodoh lancar. (insyaAllah)
- petanda awal kearah menjadi insan bertaqwa
- bukan nak tunjuk baik, cuma nak jadi baik. 

hehehe, kan? sebab apa saya pakai tudung labuh? itu lah sebabnya.. takyah bazir masa nak lilit-lilit pusing-pusing tudung pun. selesa, ringkas dan style ! :D 

*firman Allah

" Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar). cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani "

(Al-Ahzab : 59)

sekian saja dari saya, semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama semua. Yang baik datangnya dari Allah dan yang kurang datangnya dari diri saya sendiri.. :)



No comments:

Post a Comment