Wednesday, January 29, 2014

Pendamba Jannah : Luahan Rasa Hati

Dulu semasa aku mula mula berhijrah ,
Aku selalu berazam untuk jadi wanita yang solehah ,
Aku cuba untuk menjadi yang baik dari yang sebelum ini ,
Aku berjanji untuk kuat apabila ujian melanda ,

Tapi ...

Apabila ujian melanda ,
Aku terus rebah ,
Janji untuk menjadi wanita wanita solehah kian aku lupakan ,
Aku jadi lemah tidak berdaya ,
Aku terus menerus lemah  tanpa bangun untuk melawannya ,
Aku tidak fikir panjang akan ganjaran yang akan aku perolehi nanti disana ,
Adakah ini janji yang telah aku taburkan ?
Adakah aku layak menjadi wanita solehah andai aku menjadi lemah sebegini ?
Adakah aku ingin menjadi seorang ynag futur ?
Akibat ujian yang telah Allah berikan ?

Aku lupa ,
Bahawa syaitan sedang ketawa padaku apabila aku menjadi lemah tidak berdaya ,

Aku lupa ...

Ya Allah ,
Kuatkanlah hatiku ,
Tatkala aku lemah ,
Kuatkanlah hatiku ,
Tatkala aku jatuh rebah akibat ujianMu ,
Bantulah diriku Ya Allah .....